Sunday, 17 June 2012

Minat Math

Assalamualaikum
     Korang rasa math susah ke senang? Kalau korang rasa susah, mungkin sbb korang tak minat. Aku dulu bukan lah minat sgt dengan math ni. Aku tak pastilah dgn kenyataan yg mengatakan orang otak kiri ni minat kira-kira(math). Sebaliknya orang otak kanan ni minat membaca & menghafal.

     Tapi mcm mana pulak orang yg dpt semua 'A' dlm mata pelajaran. Orang tu ada dua2 otak ke? Habis orang yg dpt 'A' dlm mata pelajaran math atau sastera ni otak dorang separuh ke? Tuhan mencipta manusia semua berpasang-pasangan. So otak kanan berpasangan dgn otak kiri.

     Bagi aku, usaha merupakan tangga kejayaan. "Allah tak akan mengubah nasib sebuah kaum sehingga dia mengubah dirinya sendiri". Aku mmg yakin dgn kekuasaan Allah. Semua yg baik datang dari Allah, yg buruk datang dari diri kita sendiri.

     Kita jgn lah salahkan takdir bila kita gagal. Banyak mana kita usaha, banyak tu lah kita dapat. Kita tak akan dapat lebih atau kurang. Allah makbulkan doa kita sbb Allah sygkan kita. Bila Allah lambat makbulkan doa kita, maksudnya Allah menguji kesabaran kita. Bila Allah tak tunaikan doa kita, Allah telah merancang yg terbaik utk kita. So jgn lah kita buruk sangka terhadap Allah.

     Panjang betul mukadimah aku. Oke lah, aku nak cerita mcm mana aku boleh minat pada subjek math. Waktu darjah 4, math aku tak ada lah okey sgt. Bila aku darjah 5, waktu peperiksaan math, aku dapat 'A'. Aku mmg tak sangka langsung. Mungkin sbb soalan yg cikgu bagi senang.

     Aku dapat tahu yg math dapat 'A' bila mak semak kertas soalan math aku. Mak cakap aku salah lebih kurang 5 soalan. Lepas mak tanda soalan, terus mak hulurkan tangan. Aku sambut tangan mak. "Tahniah Eone sbb dapat 'A' "kata mak kepada aku. Aku tergamam seketika sbb tu 1st time mak ckp tahniah dkt aku.

     Semenjak ucapan tahniah diucapkan dibibir mak, aku mula bersemangat utk belajar subjek math. Aku mula score dlm subjek math sampai cikgu math aku waktu darjah 6 beri hadiah kpd aku dgn seorang kawan aku. Aku ingin memberitahu dkt korang yg ibu bapa byk memberi ransangan utk belajar.

     Aku belajar sampai sekarang pon sbb parent. Parent aku dah byk berkorban utk aku, so aku ingin membalas jasa mereka. Mereka dah hantar korang dari kecil sampailah dewasa. Mereka nak tgk korang berjaya. Jgn lah korang sia-siakan mereka.

     Dengar sini kawan2, walau mak bapa korang tak ucapkan 'tahniah' bila korang dpt 'A', korang ucapkan lah kepada anak korang suatu hari nanti. Insallah, anak korang akan rasa mcm mana aku rasa. Never give up in your life friend :)

Haa..korang kena lah bersemangat mcm budak ni

Jgn lupa..sentiasa berdoa kepada yg Maha Esa

Inshallah..kejayaan menanti korang

Saturday, 16 June 2012

Muka Berjerawat

Assamualaikum
     Eeiiiyerrrr~ Muka berjerawat!!!
Aku rasa semua orang penah hadapi muka berjerawat, lagi2 time remaja. Waktu tu berlaku perubahan hormon. Al-kisah..Maka tersebutlah kisah..seorang budak yg bernama Eone telah mengejek seorang budak perempuan.

     Aku tak ingat arr nama budak tu. Tapi yg aku ingat aku ejek dia sbb muka dia berjerawat. Waktu tu aku baru darjah 5. Mmg nakal giler kan, yea lah mentang2 muka aku tak ada jerawat waktu tu. Biasalah perempuan kan cepat akhil baligh drpd lelaki.

     Bila aku bersekolah menengah, muka aku mmg penuh dgn jerawat. Ni arr balasan kan, dulu aku ejek orang, sekarang aku yg kena. Padan arr muka aku.
"Eone, baik kau jaga muka kau..nanti tak ada siapa nak dkt kau" ckp kakak aku.
"Hmmm..yea lah" aku balas.

     Sejak kakak aku tegur muka aku, aku try lah mcm2 supaya muka aku tak berjerawat. Aku penah sapu bedak sejuk. Bila malam muka puteh melepak. Buat orang cuak jer tengok muka aku. Mmg susa nak tidur sbb aku tak nak bedak2 melekat dkt bantal. Ada seorang cikgu sekolah ni penah cakap "kalau sapu bedak sejuk..mcm mana nak bagi jerawat tu keluar".

     Aku pikirkan balik,betul jgk apa yg cikgu cakap kan. So, aku try cara lain. Aku ambil tuala kecil, aku basahkan, pastu letak atas muka. Kononnya nak lembabkan kulit. Tapi hampeh, tak ada apa hasil pon. Aku kadang2 rasa give up nak jaga muka aku ni.

     Aku penah jgk pakai produk2 dkt pasaran. Bila aku pakai, muka aku rasa tegang giler. Rasa mcm kena tarik2. Mmg tak selesa & kulit rasa mengering. Aku kadang2 picit jgk jerawat ni. Pikir bila picit boleh hilang, tapi makin bertambah ada arr.

     Seterusnya aku penah try paki ubat gigi. Orang kata mujarab. Aku pon try arr. Aku sapu dkt tempat yg berjerawat. Esok pagi tgk dkt tempat berjerawat tu jadi lembek. Tapi aku rasa cara tu pon tak boleh pakai jgk.


     Akhir sekali aku try cara berwuduk. Cara ni mmg berkesan. Tiap2 kali lepas mandi, aku akan berwuduk. Secara tidak lagsung, hati aku akan rasa tenang. Bila korang berwuduk dgn sempurna, maka terkeluarlah dosa2 kecil dari celah kuku.


     Ada seorang sainstis telah mengkaji bentuk molekul air yg telah dikeraskan menjadi ais. Beliau mendapati molekul air berubah bila bercakap "bodoh". Molekul air menjadi warna kuning yg agak kotor. Bila dibacakan bacaan ayat Al-Quran, bentuk molekulnya menjadi seakan-akan kristal yg berwarna puteh bersinar.

     Sainstis tu sekarang telah memeluk Islam setalah mengkaji tentang molekul air. So, tempat yg paling elok berwuduk adalah di masjid (kolah air bertakung) kerana di sana didengarkan dgn bacaan Al-Quran. So, molekul air pon cantik,secara tak langsung muka korang pon boleh cantik bila berwuduk.

     Bagi aku, tak perlulah nak pergi pusat rawatan kulit. Cukuplah hanya berwuduk. Inshallah, masalah muka korang akan dpt di ubat. Try dulu, baru tahu :)
Berwuduklah dengan sempurna :)
Niat Berwuduk

Berwuduklah dengan sempurna
 
Sharekan lah kepada rakan-rakan korang




 

Zaman Tadika: Origami

Assaamualaikum
     Aku nak bercerita serba sedikit pasal diri aku waktu zaman tadika dulu. Aku ni dari kecik agak pendiam(Tak banyak bunyi sgt lah). Aku waktu tadika tak pasti arr nakal ke tak sbb waktu tu yg aku tahu main..main.. dan main. Bila dah penat baru lah berhenti.
     Aku dari kecik mmg minat pada seni. Origami merupakan seni pertama yg aku minat. Origami ni merupakan kertas yg di lipat-lipat sampailah membentuk sesuatu objek. Seni ni asal dari negara jepun. Aku terangkan ni supaya korang dapat paham. Jgn pikir 'poligami' pulak. Tu laki kawen byk..hehehee ;p
     Aku start minat sbb biasa arr dkt sekolah tadika kan kena bawak buku. So apa lagi, bukak muka surat tengah buku. Pastu koyak arr. Makin lama buku pon jadi nipis. Adik2 dkt luar jgn tiru aksi ni di tadika okey. Origami yg selalu aku buat waktu tadika antaranya pedang, keris,pistol & shuriken.
     Kira waktu ni origami lebih kepada senjata. Haa korang nak twu tak, bila line clear jer aku dgn member2 aku akan berperang menggunakan senjata origami yg aku buat(kira kepala lah jgk). Aku suruh kawan2 aku yg nak suruh buat pedang bawak surat khabar. Yea lah, baru boleh dpt pedang yg panjang. Nak pancung kepala pon senang kan.
     Korang rasa nakal ke aku ni? Tapi tu kira biasa arr kan. Dah nama budak2 kan. Aku ni kira tolong member nak lawan2. Tapi bukan bergaduh yea. Mungkin aku minat seni ni sbb parent aku minat seni. So, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kan :)
Amacam korang ada minat yg sama?

Mcm ni lah bentuk pistol yg aku buat
Lebih kurang mcm ni lah pedang yg aku buat dulu



Ni lah bentuk origami shuriken

Try lah buat origami shuriken sendiri. Just follow this video


Pesanan: Kalau adik2 nak tiru buat origami dkt tadika, jgn sampai kantoi ekk ;p
  

Friday, 15 June 2012

Support Our Local Band

Assalamualaikum
Kenapa blogger ni ada perkataan 'raingers' belakang nama dia?
     Okey lah, aku cita dkt korang yea. Raingers ni berasal drpd perkataan 'rain' yg bermaksud hujan. Raingers ni merupa gelaran bagi peminat kumpulan hujan. Aku salah seorang peminat kumpulan hujan. Kira2 hampir semua lagu band ni aku dah dengar. Kepada sesiapa yg ingin dengar lagu hujan ni korang boleh dengar dekat youtube.com.
Senang cite click jer link di bawah ni.

Sejak bila minat dengan band hujan ni?
     Aku minat band hujan ni waktu aku di bangku sekolah lagi. Waktu tu aku form 3. Waktu tu band indie tgh meletop-letop. Band2 yg tgh mencipta nama di persada seni muzik Malaysia waktu tu seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, Bunkface, Butterfinger, Couple & banyak lagi. Aku minat band ni sbb dorang ni berlable indie yg bermaksud bebas. Muzik band ni pon bebas. Lagu dorang sesuai dgn aku. Dengar jer lagu terus terjoget sana sini :)

Apa yg ada pada hujan ni?
     Bagi aku, band ni ada style yg tersendiri yg buat hati aku tertarik dekat band ni. Tengok jer lah rambut Noh(vokalis hujan) jer dah style abiz. Lagi pon aku minat main gitar. Aku suka gler tengok AG Coco(lead gitar) main gitar. Mmg style abiz. Waktu band ni dlm pertandingan realiti Versus, band ni telah membuktikan yg dorang mampu membawa bermacam-macam jenis genre. Dorang telah menjuarai pertandingan tersebut :)
Dorang mmg boleh pergi jauh. Go hujan gooo~~ :D

Ni salah satu album hujan (Lonely soldier boy)


Gempak gler tengok dorang paki baju sekolah
Ni logo dorang waktu dulu. Style kan. Huruf 'J' di jadikan payung. Check2 Rock2.
Ni gambar dorang waktu atas kereta api waktu buat rakaman video lagu mencari konklusi
Tengok arr..kreatif kan??
Gambar nie aku suka sgt!!!
Dorang mmg bergaya arr
Logo baru hujan
Hujan owh hujan
 

Layan tak lagu-lagu antarabangsa?
     Sorry to say, aku mmg x layan lagu antarabangsa. Kenapa? Nak tahu jawapan dia. Bagi aku lagu-lagu tempatan dah bole berdiri sama tinggi dgn antarabangsa. Lagi pon aku dilahirkan di Malaysia. Aku bangga menjadi anak Malaysia. Kalau kita x layan lagu dari negara kita sendiri, sapa lagi nak layan?. Bukan aku kata lagu-lagu antarabangsa x bagus, tapi aku nak korang sedar yg negara lain xda pon nak pasang lagu-lagu kita. Kenapa kita perlu pasang lagu-lagu dorang.

Apa ucapan Eone kepada remaja-remaja di luar sana?
     Aku cuma boleh cakap "sokonglah band tempatan". Tak kira lah indie atau tak. Tapi yg penting "tempatan". Janganlah sampai band tempatan dianak tirikan di negara sendiri sudah. Fikir-fikirkan lah. 

   







    

 

Belajar Memandu

Assalamualaikum
Hari ni merupakan hari yg pertama aku belajar bawak kereta. Bangun pagi solat subuh. Lepas tu aku sambung tidur. Pkul 7.30 pagi aku bangun, terus mandi & siap2. Pkul 8.00 pagi aku bertolak dari rumah.
     Aku naik moto pergi office ayah. Kira2 pkul 8.20 aku sampai office ayah. Sampai sana aku sarapan dulu. Aku sarapan roti banjir (kuah dal campur kari). Lepas abiz makan, pkul 8.45 cikgu yg nak ajar aku sampai.
     Cikgu tu dia drive sekejap. Lepas tu dia berhenti dkt tepi & ajar serba sedikit apa yang perlu buat sebelum memandu. Perkara yg perlu buat waktu masuk kereta :
     1) Betulkan tempat duduk supaya selesa & kaki sampai menekan clash
     2) Betulkan cermin pandang belakang & cermin sisi
     3) Pakai tali pinggang keledar
     4) Pastikan gear 'free'
     5) Hidupkan enjin kerete
     6) Check signal (kiri & kanan)
     7) Check wiper

Semua benda di atas ni korang kena buat tuk lulus sbb dkt sini jer dah 5 markah. Minimum markah lulus 16 per 20. Okey, cara mengerakkan kereta di jalan yg rata :
     1) Tekan clash smpai habis
     2) Masuk gear 1
     3) Bagi signal ke kanan
     4) Turunkan brek tangan
     5) Pandang cermin pandang belakang
     6) Tekan minyak
     7) Lepaskan clash secara perlahan

Semua ni akan diuji semasa menduduki test JPJ nanti. Seterusnya cara memberhentikan kereta :
     1) Bagi signal ke kiri
     2) Turunkan ke gear rendah
     3) Tekan clash
     4) Brek secara perlahan
     5) 'Free' kan gear
     6) Tarik brek tangan

Ini lah perkara yg baru aku belajar. So, aku kongsikan lah sedikit ilmu yg aku dpt. Korang doakan lah aku berjaya & lulus dpt lesen P nanti.

     
     

Thursday, 14 June 2012

Naura Auni Nasuha

Assalamualaikum
Semalam aku pergi rumah aku dkt Dengkil,Bangi. Ceritanya bermula begini. Aku bangun pagi, solat subuh & mandi. Pastu aku siap2. Waktu tu, ayah aku suruh aku cepat sbb dah lewat. Ayah aku ada keje dkt Seremban. Aku msuk kn netbook,gitar tunner dgn buku kord gitar yg aku buat sendiri dkt dlm beg.
     Aku cadang nk surf internet dkt umah opah aku. Yea lah takot bosan xtwu nk buat apa.
Sebelum smpai umah opah, aku dgn ayah aku singgah kedai nk sarapan. Agak2 pkul 8 pagi aku sampai ke destinasi.
     Dkt sana yg ada just opah aku dgn Naura. Naura ni umur dia baru 1 tahun lbih. Dia comel gler,sbb tu aku selalu picit pipi dia. Dia ni takot dgn lelaki, tapi semalam aku pelik sgt sbb dia merengek2 nak aku dokong dia. Padahal selama hari ni mmg susah sgt aku nk dpt dokong dia.
     Apa lagi, aku mmg x lepaskan peluang arr. Lagi pon aku mmg suka layan budak kecik. Mmg seronok sgt taw. Aku teringin nk ada adik perempuan mcm dia. Nanti boleh aku jaga :) Semalam waktu nk mandikan dia, dia menangis2 sampai nk paki kn 'pempes' dia, aku kena dokong dia. Opah aku yg paki kn waktu aku dokong.

 Ni lah muka Naura waktu aku sampai. Waku ni dia mengantuk dah.

 Bila aku sampai jer mata dia terbuka balik. Pastu terus x jadi tidur.

 "Hang apahal usha2 aku?!!".."nak usha 'dua posen' "kata Naura dlm hati kpd aku.

 Saya suka meniarap :)
 Hai awak..bole kenal x?
 Korang bayangkan budak kecik ni bole tarik bakul mcm x ada feel
 Nak saya sumbat awak dalam bakul ni??
 Saya bangga manjadi anak Malaysia!!!

Ni lah si manja yg aku cite kan tu. Comel tak? Dia ni diam jer. Kalau budak lain tu asik menangis jer. Dia sekarang dah pandai buat mcm2 mimik muka. Antaranya comel, mara, gembira, sedih & banyak lagi.
     Okey, aku sambung cite aku balik. Lebih kurang setengah jam lepas ayah aku hantar dkt umah opah, aku pegi dkt UNIKEB sbb opah nak pegi bank. Aku,Naura & opah pergi sana naik kereta Pak Lang. Lepas tu aku pergi Warta. Dkt situ Pak Lang belanja mkn. Aku mkn nasi puteh,ayam goreng dgn kari.
     Naura pon mkn jgk. Dia manja sgt dgn aku. Mcm boyfriend dia jer dia bwt aku (Perasan jer lbih aku ni). Waktu nak balik ktorg sempat singgah mkn durian dkt tepi jalan & pergi padang golf. Pak Lang bawak pergi tempat2 ni mungkin sbb dia tahu aku dapat temuduga dkt UKM.
     Sampai umah opah pkul 1.30. Balik solat, tgk Naura bergolek2 atas lantai, pastu terus tidur. Penat betul layan Naura ni. Tapi xpea lah, bkn selalu pon dpt main2 dgn budak kecik yg comel mcm Naura ni :')




Wednesday, 13 June 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum
Hai,nama saya Nashrul Izwan. Korang semua bole panggil aku E-one. Simple kan. Okey, ni 1st time aku buat blog. Aku ingin ucapkan selamat berkenalan kpd blogger2 di luar sana. Sebelum apa2,aku nk minta maaf kalau apa yg aku post nanti akan menyinggungkan prasaan mana2 pihak. Jika perkara ini berlaku, korang tegur lah dgn cara yg baik. Ala2 teguran yg membina gitu. Akhir kata, salam perkenalan drpd saya E-one =D